Posts

kecewa

Image
tadi aku beranikan diri untuk komen postingannya… ya dia balas…tapi aku kecewa sebab dia tak mintak aku pm dia if dia mintak aku pm dia, mungkin kami boleh borak panjang sikit…  kedua, dia just balas komen tapi tak like komen aku macam dia buat dekat orang lain…  aku kecewa…. tak seperti di harapkan 😞 hurmmm…, 

aku rindu ….

Image
pagi tadi balik bukak medsos… nampak fir komen dekat satu page… dari komen tu aku dapat agak umur dia, ya aku memang dapat agak umur dia 30an dan bujang belum pernah kawin lg…  sebenarnya dah 3 hari aku tunggu dia up status tapi tiada. aku rindu. bila pagi tadi tengok dia komen dia page tu.. aku agak happy sikit, atleast aku tau dia okay. aku masih tunggu Allah izinkan aku berbual dengan dia… doakan ! 

the reason why …

Image
Fir….  ya nama ini antara salah satu sebab aku terbuka hati nak ada blog sendiri, ini pertama kali aku ada blog… kelakar bukan ? nak ada blog sebab nak tulis perjalanan aku untuk kenal Fir … sejujurnya aku belum kenal dia lagi, aku hanya kenal dia melalui penulisan2 dia di medsos… aku suka cara dia menyampaikan setiap postingan dia… ringkas padat & sampai… aku suka cara dia balas komen2 dalam friendlistnya ya… aku hanya suka itu.. tak lebih.  aku tak pernah lihat wajahnya, tiada gambar dalam medsosnya, tiada langsung cerita tentang latar belakangnya, tiada langsung cerita aktiviti hariannya… tiada.  pelik… aku pun tak tau kenapa aku tiba2 suka… padahal dah lama aku ikuti & baca setiap postingan dia tapi bulan ni tiba2 aku kerap fikirkan dia, buka medsos untuk cari kalau2 dia ada buat postingan baru…  tapi aku hanya baca, jarang sgt untuk like… komen lagi lah tak pernah walaupun jari ni rasa nak je komen postingannya . tapi aku tahan.. segan 😌

hari pertama

Image
i ni hari pertama aku tulis dalam blog ni... 13th September 2022.... tiada yang menarik pada tarikh hari ni, ntah aku pun tak tau kenapa pagi ni aku rasa nak menulis aku tiada diary, jadinya aku tulis dekat blog ni anggap je ni diary aku... tempat aku luangkan masa...tempat aku meluah..tempat aku bercerita sebab hanya aku je tau kewujudan blog ni makanya aku bebas menulis 😆 next post aku akan mula bercerita...walaupun tiada yang membaca...aku akan tetap dan terus menulis . sekian